Dolu-dolu tengok cite korea mesti teliur je tengok diorg makan kimchi ni.. apatah lagi bila orang kata kimchi ni sangat elok untuk usus.. perut kempis, badan pon langsing katanya..
First time makan, fuhh.. menggelegak perut hakak.!! hari- hari makan memang boleh dapat flat tummy kot..ngeee..
Wajib cuba bagi yang nak kurus tapi kedekut nak beli supplement Shaklee.. hahhaa.. Opsss.. ala gurau2 je la.. hehehe.. makan supplement pon perlu jgk jaga apa yang masuk ke perut kan..✌✌✌
Resipi kimchi ni saya tengok dekat youtube.. maangchi punya.. Tapi macam biasa la.. menderhaka sikit,.olah ikut apa yang ada kat rumah je.. hehehe
Resipi Kimchi
--------------

Bahan pes:
1 biji bawang holland*
5 biji bawang putih*
5 sudu besar serbuk chili baba's ( resipi asal guna korean chili powder)
3 senduk kecil sos ikan*
1 inci halia*
Cara buat pes merah:
~ blend semua bahan yang bertanda *
~ kemudian gaul bersama serbuk cili
Bahan porridge(putih):
2 sudu besar tepung pulut
sedikit gula
1 cawan air
Cara buat porridge:
~ bancuh tepung pulut bersama air.. masukkan gula.. masukkan ke dalam periuk dan panaskan hingga pekat dan keluar bubble.. tutup api, tapis dan sejukkan sedikit.
Bahan utama:
1 biji napa cabbage size besar (kubis panjang)
2 pokok daun bawang
garam secukupnya
sedikit air
Cara2:
~Potong 4 kubis.. basuh bersih2 dan lumurkan garam pada setiap helaian kubis.. Masukkan dalam bekas yang berisi sedikit air garam.
~ Perap selama 4 jam (atau lebih hingga kubis layu).. Balik2 kan kubis setiap satu jam.
~ Selepas 4 jam, basuh beberapa kali kubis td, then perah spy airnya keluar dan toskan..
~ Potong daun bawang lebih kurang 1 inci

Cara sediakan kimchi:
1) satukan kubis td bersama daun bawang yang telah dipotong di dalam mangkuk besar.
2) Sebatikan pes merah dan porridge.
3) masukkan ke dalam mangkuk berisi kubis dan daun bawang td.
4) Gaul rata. biarkan di suhu bilik.. selepas 24 jam boleh lah di makan dan di simpan dalam peti sejuk.
With love,
EZZAH FAWZI