Tuesday, 14 April 2015

Hidup Luar Biasa

Apa yang anda faham tentang hidup luar biasa??

Ezzah selalu dengar orang sebut tentang hidup luar biasa ni.. tapi Ezzah kurang faham apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan 'hidup luar biasa'. 

So semalam sebelum tidur, Ezzah ada nampak friend FB share link youtube ulasan Dr. Azizan Osman mengenai buku baru beliau iaitu Hidup Luar Biasa.. So Ezzah pon bukaklah link tu.. 

Now Ezzah rasa Ezzah faham apa yang dikatakan hidup luar biasa... Kalau kita tengok, harini hidup kita ibarat satu modul yang dah di tetapkan harus begitu dan begini..

Habis sekolah, kita masuk universiti, keluar universiti kita mesti kerja makan gaji.. terkejar-kejar pergi kerja.. masuk pukul 8 balik kerja pukul 5.. untuk dapat satu gaji yang kadang kala kita rasa tak ada pilihan.. Zaman saya, degree holder standard gaji RM1800-2000..cukup ke tak cukup banyak tu lah biasanya gaji yang di tawarkan untuk fresh graduate macam kami waktu tu.. dengan loan sana sini kan.. kita keluar universiti loan dah berapa..kalau beli kete lagi lah bertambah..

Dan kita harini menerima ini semua sebagai satu lumrah kehidupan.. kita paksa diri kita comfort dengan keadaan ini.. itu hidup yang biasa..

Masa Ezzah habis belajar, mak Ezzah selalu pesan suruh mintak kerja.. bagi mak, makan gaji lebih secure.. business setakat nak suka-suka boleh.. bukan untuk dijadikan career.. kami adik-beradik dah dipasak habis belajar mesti kerja makan gaji..

 Mak memang tak setuju bila Ezzah nekad tak nak kerja dan nak serius buat business Shaklee.. Ezzah pekakkan telinga dan butakan mata.. Peringkat awal memang ramai yang mempersoalkan, penat-penat ambil degree nak jual Shaklee jer???

Hidup luar biasa bila kita mampu design hidup kita..

Harini Ezzah bangun pagi, Ezzah senyum.. Di saat orang lain sibuk berkejar nak bersiap pergi keje, Ezzah bersantai dengan segelas ESP sambil baca buku.. bila semua orang dah keluar pegi keje.. Ezzah bersiap then pergi jogging.. Balik jogging barulah masuk SOHO dan buat kerja.. Alhamdulillah..

Semoga Allah terus pinjamkan nikmat ini dan jadikan business yang Ezzah buat ini business yang tidak rugi di dunia dan di akhirat.. Amin ya rabbal alamin..


                                      Taman Tengku Anis.. best jogging kat sini..


Nota kaki:  Orang kota bharu kalau nak dapatkan supplement Shaklee boleh contact Ezzah ya.. Dijamin service tip top.. ! =)




~ Sihat itu Penting, Cantik itu Perlu~


YOUR LOVELY DISTRIBUTOR
 EZZAH FAWZI
SMS/WHATSAPP/CALL: 017-931 3451
SID: 893575

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...