Monday, 25 May 2015

SABAR DALAM BERSABAR..!

Kita selalu lupa bahawa Allah tidak akan menimpakan sesuatu masalah yang melebihi kemampuan kita.

Kadang kadang DIA beri ujian yang kecil tapi kesabaran kita yang senipis kulit bawang. Maka kita rasakan ujian itu berat.

Alkisahnya semalam handphone tetiba tak boleh on.. Dari petang sampai la ke malam.. Memula ok je lagi.. Tapi bila dah banyak kali cuba.. Hati dah mula panas... Rasa nak baling je handphone tu.. Otak dah mula fikir macam-macam dah.. Dalam handphone tulah segala data customer di simpan.. Kalau rosak hmmm... Memang boleh meroyan ni.. hehehe.. Nipisnya sabar.. !

Bila dah letih duk tekan button on tapi tak jadi-jadi jugak ikut hati memang berteraburlah handphone tu semalam.. Nasib baik, di saat-saat genting masih ada sedikit pemikiran positif yang cuba mengingatkan tentang "SABAR DALAM BERSABAR"

Cepat-cepat Istigfar sebelum kemarahan menguasai diri.. hahaha.. Mulut pon barulah tak berhenti nak doa.. " Ya Allah, hidupkanlah phone ni.. Banyak data customer dalam ni Ya Allah."

Sambil doa tangan dok tekan button ON.. Still tak boleh dan itu adalah percubaan terakhir.. pastu biar je handphone tu charging.. Dari petang lagi dok charging.. Still tak jalan..

Dalam hati masih lagi yakin handphone tu akan ok sebab dalam handphone tu terlalu banyak benda yang penting terutamanya data customer dan prospek.. Dah la dekat nak closing ni.. Kalau handphone tu betul-betul rosak memang Ezzah tak mampu nak handle.. huhu..

Jam pon dah nak pukul 12, terus nak gi toilet cuci muka pastu nak tidur la kononnya.. Hope esok pagi bangun handphone tu akan OK..

Baru je nak buka pintu toilet, tetiba dengar bunyi macam handphone tu ON. Berlari pegi tengok handphone.. Yeayyy!!!.. Dah ON! Alhamdulillah.. rasa nak nangis semua ada..

Lesson learnt..!

Kalau benda remeh macam ni pon tak boleh sabar.. Macam mana Allah nak tambah lebih banyak nikmat..

Dan satu lagi kita ni selalu rasa usaha kita lagi power.. Dah hujung-hujung baru nak doa..

Huuuu.. terdidiknya sekeping hati hanya melalui ujian sebiji handphone..!
Thanks Allah.. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...