Monday, 25 May 2015

SABAR DALAM BERSABAR..!

Kita selalu lupa bahawa Allah tidak akan menimpakan sesuatu masalah yang melebihi kemampuan kita.

Kadang kadang DIA beri ujian yang kecil tapi kesabaran kita yang senipis kulit bawang. Maka kita rasakan ujian itu berat.

Alkisahnya semalam handphone tetiba tak boleh on.. Dari petang sampai la ke malam.. Memula ok je lagi.. Tapi bila dah banyak kali cuba.. Hati dah mula panas... Rasa nak baling je handphone tu.. Otak dah mula fikir macam-macam dah.. Dalam handphone tulah segala data customer di simpan.. Kalau rosak hmmm... Memang boleh meroyan ni.. hehehe.. Nipisnya sabar.. !

Bila dah letih duk tekan button on tapi tak jadi-jadi jugak ikut hati memang berteraburlah handphone tu semalam.. Nasib baik, di saat-saat genting masih ada sedikit pemikiran positif yang cuba mengingatkan tentang "SABAR DALAM BERSABAR"

Cepat-cepat Istigfar sebelum kemarahan menguasai diri.. hahaha.. Mulut pon barulah tak berhenti nak doa.. " Ya Allah, hidupkanlah phone ni.. Banyak data customer dalam ni Ya Allah."

Sambil doa tangan dok tekan button ON.. Still tak boleh dan itu adalah percubaan terakhir.. pastu biar je handphone tu charging.. Dari petang lagi dok charging.. Still tak jalan..

Dalam hati masih lagi yakin handphone tu akan ok sebab dalam handphone tu terlalu banyak benda yang penting terutamanya data customer dan prospek.. Dah la dekat nak closing ni.. Kalau handphone tu betul-betul rosak memang Ezzah tak mampu nak handle.. huhu..

Jam pon dah nak pukul 12, terus nak gi toilet cuci muka pastu nak tidur la kononnya.. Hope esok pagi bangun handphone tu akan OK..

Baru je nak buka pintu toilet, tetiba dengar bunyi macam handphone tu ON. Berlari pegi tengok handphone.. Yeayyy!!!.. Dah ON! Alhamdulillah.. rasa nak nangis semua ada..

Lesson learnt..!

Kalau benda remeh macam ni pon tak boleh sabar.. Macam mana Allah nak tambah lebih banyak nikmat..

Dan satu lagi kita ni selalu rasa usaha kita lagi power.. Dah hujung-hujung baru nak doa..

Huuuu.. terdidiknya sekeping hati hanya melalui ujian sebiji handphone..!
Thanks Allah.. =)

Wednesday, 20 May 2015

Cik Sawi dan Ulat...

Dulu masa kecik selalu tengok mak kita beli sawi pilih yang berlubang- lubang sikit..

Katanya lubang- lubang tu sebab ulat makan.
 Kalau ulat makan maknanya selamat untuk kita makan.. 

Kalau yang cantik daunnya tu, ulat pon tak makan.. Mungkin penggunaan racun tinggi.. Kata mak kita la.. hehehe
.
Semalam beli sawi kat kedai runcit dekat rumah, rasanya sawi kampung kot.. Comel je sizenya siap ada lubang- lubang kecil lagi.. hehe.. Tapi memang lain rasa die.. sedap dan terasa kesayurannya bila masak..Ngeeee..

Selalu kalau beli sawi dekat supermarket memang nampak segar, daun lebar dan tegak tapi rasa dia lain macam sikit.. senang cita tak sedap la..wiwiwiwi


Tuesday, 19 May 2015

Layakkah anda untuk berjaya..?

Semalam selesai coaching cucu cicit Shaklee dalam group Whatsapp.. 3 jam yang sangat bertenaga. Seronok tengok respond anak buah yang sangat bersemangat nak belajar.. 


Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk memberi dan berkongsi dengan downline.. Sebenarnya mereka orang baru yang nak menyusun langkah dalam Shaklee.
 Mereka menjebakkan diri dengan Shaklee untuk cipta satu kejayaan.  Untuk orang baru nak bermula sangat penting untuk mereka tahu intipati kejayaan. 


Orang yang tak faham, mereka akan cakap ' aku dah buat itu ini tapi tak dapat apa pon '.. 
Asyik gagal je. Atau mereka akan mati di tengah jalan kerana takde kejayaan yang dicapai dengan mudah..


Ujian-ujian dalam kita menapak dan membina kejayaan itu adalah satu perkara biasa.. Kalau kita usaha tak dapat bermakna kita belum layak.. Cabaran dan ujian itu adalah latihan untuk kita jadi lebih baik bagi melayakkan diri kita untuk dapat kejayaan tersebut. Setuju...?



Semua bersemangat dalam kelas.. hihi


Untuk anda yang sedang mencari-cari peluang untuk jana pendapatan.. 
Haa.. cari Ezzah.. In Shaa Allah, Ezzah tunjukkan jalan dan cuba bantu anda cipta kejayaan demi kejayaan dalam Shaklee sebaik mungkin.. 

Jom..! 



~ Sihat itu Penting, Cantik itu Perlu~


YOUR LOVELY DISTRIBUTOR
EZZAH FAWZI
SMS/WHATSAPP/WeChat: 017-931 3451
SID: 893575
EMAIL: vitamindelight@gmail.com





















Monday, 18 May 2015

Thai Seafood Sphagetti

Harini tekak terasa nak lunch dengan Thai Seafood Sphagetti ala- ala secret resipi gittew..! hehehe

Buatnya senang je cuma pantang larang jangan ada penyakit M.. 

Untuk uolls yang nak cuba meh kita share resipi nya.




Bahan- bahan:

3 biji bawang putih ( dicincang)
Sphagetti anggaran untuk 2 orang makan ( siap direbus)
6 ekor udang size sederhana ( siap direbus dan dibuang kulit)
2 ekor sotong ( siap direbus)
12 biji lala ( siap direbus)
2 sudu chili flakes ( boleh adjust ikut kepedasan masing2)
Beberapa helai daun selasih ( diracik)
Tomato ceri secukupnya ( dibelah dua)
5 biji chili padi ( dicincang)
Cendawan shitake secukupnya ( dihiris)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukupnya



Cara -cara:

1) Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih. Tumis agak2 naik bau je ( sebaiknya jangan garing sangat).
2) Then masukkan chili flakes, bila warna minyak kemerahan masukkan sotong + udang + lala + cendawan shitake. Kacau sekejap dan masukkan daun selasih kemudian terus masukkan sphagetti. Gaul sebati. Boleh masukkan sedikit air if terlalu kering.
3) Masukkan tomato ceri + chili padi dan perasakan dengan garam. Kalau suka boleh letak sedikit ajinomoto.. Tak suka tak payah letak.
4) Gaul rata dan siap dihidang.



Tip:

  • Pastikan sphagetti ni tidak terlalu kering. Biasanya Ezzah tak tos lama sangat sphagettinya. So die agak basah tapi tidak terlalu berair. Kalau kering, boleh tambah sikit air dan pastikan minyak secukupnya.
  • Udang dgn sotong rebus sekejap je. Jangan rebus lama sangat sebab nanti kita nak masak lagi sekali..
  • Cendewan shitake boleh celur dulu if tak nak tunggu lama.. Nanti just campak je
  • Daun selasih yang fresh tu kalau tak ada boleh guna yang kering dalam botol. Basil.

Wahh.. Seronok ye dak dapat makan cenggini.. Ezzah sangat suka seafood.. Tapi bila makan seafood ni takut kolestrol la kan.. Jangan risau, Shaklee kan ado! Omega Guard  +  Phytocol sangat mujarab untuk mencegah kolestrol dari memudaratkan diri kita.. phewww.. Seronok kan.. !




~ Sihat itu Penting, Cantik itu Perlu~




YOUR LOVELY DISTRIBUTOR
EZZAH FAWZI
SMS/WHATSAPP/WeChat: 017-931 3451
SID: 893575
EMAIL: vitamindelight@gmail.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...