Saturday, 16 May 2015

Dulu kini dah berubah...

Kadang kadang cabaran dan kekurangan tu membuatkan kita lebih bersemangat dan gigih..!

Dulu masa mula-mula Ezzah join Shaklee takde lagi sistem online.. semua kena buat manual dekat branch..Part yang paling best.. habis closing.. print report card.. sebab nak balik buat kira-kira..

Dulu, bonus adalah sesuatu yang suspend.. 14hb baru lah tahu berapa bonus dapat.. terseksa tau nak tunggu.. hihi.. unless kalau dah kira sendiri..

Memandangkan hakak ni kurang sabar.. menjadi rutin setiap malam closing calculate sendiri berapa bonus dapat.. hahahaha.. semangat macam kira duit raya gittew..!

Ingat lagi masa bulan pertama dapat bonus 5k.. masa tu habis closing terus bentang report card, kira bonus secara manual.. kira punya kira keluar 5k++.. sebab jakun kan.. tak pernah dapat.. kira lagi sekali.. sama jugak.. angka tu jugak yang keluar.. teruja. tak caya semua ada.. at last whatsapp upline.


Me : Eh mija, aku kira bonus aku bulan ni 5K.. betul ke ni?? banyak ni..
Upline : Silalah merasa income 5,6,7K sebulan lepas ni.. ehhehehe.. jangan lupa simpan sikit duit sebab nanti kena bayar income tax.. hehehee.. 

Dan malam tu terus tak boleh tidur.. ahahaha..

Rindu zaman-zaman itu..

Sekarang dah mudah..tak payah susah-susah berlari pegi branch semata nak print report card.. duk rumah buka lappy, semua dah terhidang dalam sistem Shaklee2U... Bonus pon di update sebelum 14hb.. 




Saturday, 2 May 2015

Hanya orang BERMASALAH yang ada MASALAH..!


Cabaran dalam business bukan sahaja menguji hala tuju business Ezzah.. tapi kesannya pada pembentukkan diri.. Rasa sekarang lebih matang dan rasional dalam mengkaki dan tangankan cabaran..


Setiap bulan terhidang cabaran baru dan harus punya target baru.. Bila sibuk memikirkan hal yang lebih penting.. sejujurnya tak ada masa untuk fikirkan benda yang remeh temeh..


Tak ada masa nak marah orang sangat.. tak ada masa nak fikirkan siapa yang tak suka kita.. kenapa orang tak suka kita..

Dan salah satu cara mendidik diri adalah elakkan sebut MASALAH.. bila kita sebut.. sebut dan sebut seolah-olah kita mengiya-iyakan masalah tersebut..

Ezzah suka dengan kata-kata Prof Muhaya.. 

" Hanya orang bermasalah yang ada masalah"

Faham.. faham..? 

Setiap kesukaran dalam hidup kita adalah ujian.. cabaran.. 

Setiap ujian yang Allah kirimkan pasti ada sesuatu untuk di hadiahkan.. 

Setiap cabaran adalah proses untuk mematangkan kita..

Salam Sayang, 
Ezzah Fawzi 
017-931 3451

Wednesday, 15 April 2015

Hormon adalah protein..??

Hari ni Ezzah nak share tentang protein... Ramai orang tahu dari mana sumber protein..
Tapi mungkin tidak tahu apa sebenarnye tujuan kita ambil protein dalam menu seharian kita..

Apa itu protein??





Protein adalah sejenis molekul dalam makanan yang biasa ada dalam sumber haiwan dan kekacang seperti soya. Protein ini akan di uraikan menjadi asid amino.


Badan kita sebenarnya memerlukan 20 jenis asid amino yang mana 11 dari 20 jenis itu badan mampu hasilkan sendiri.. Dan 9 jenis asid amino lagi yang kita kenali sebagai 'essential amino acids' iaitu Tryptophan, Threonine, Isoleucine, Leucine, Lysine, Methionine, Phenylalanine, Valine and Histidin.. Ia boleh dihasilkan melalui uraian protein makanan..


Protein adalah blok asas yang mana kebanyakkan organ kita termasuk kulit terbina dari protein.. Bukan sahaja organ malahan kebanyakkan hormon kita adalah protein.. Sistem dalam badan juga seperti sistem imun, sistem pencernaan, kitaran darah memerlukan protein untuk bekerja dengan baik..



Nampak tak betapa besarnya kepentingan protein.. Dan anda boleh bayangkan apa kesannya bila badan kita kekurangan protein?

Apa akan jadi pada organ anda??

Apa akan jadi pada sistem imune anda??

Bagaimana dengan hormon anda?? apa akan jadi bila hormon dalam badan tidak dihasilkan secukupnya??

Bila kita kekurangan protein, organ dan sistem dalam badan kita tidak mampu bekerja dengan baik..


Anda juga perlu tahu bahawa protein sensitif pada suhu.. Walaupon kita ambil protein dalam menu seharian kita selalunya masih tidak cukup kerana kualiti protein sudah terjejas semasa proses memasak..


So, untuk pastikan badan dapat penuhi 9 jenis asid amino tu.. Ezzah sarankan anda amalkan ESP..Ezzah sendiri pengamal tegar ESP ni..


Sesuatu yang woooww tentang ESP ni, ia lengkap dengan 9 jenis asid amino yang badan perlukan hanya dalam satu hidangan ESP..

Satu hidangan ESP bekalkan:

180mg Tryptophan

520mg Threonine

630mg Isoleucine

1160mg Leucine

890mg Lysine

180mg Methionine

720mg Phenylalanine

650mg Valine

340mg Histidin

Haaa.. best ke best??? So dapatkan ESP anda harini.. ! kedai online Ezzah buka 24 jam.. =)






~ Sihat itu Penting, Cantik itu Perlu~



YOUR LOVELY DISTRIBUTOR
EZZAH FAWZI
SMS/WHATSAPP/WeChat: 017-931 3451
SID: 893575


EMAIL: vitamindelight@gmail.com








Tuesday, 14 April 2015

Hidup Luar Biasa

Apa yang anda faham tentang hidup luar biasa??

Ezzah selalu dengar orang sebut tentang hidup luar biasa ni.. tapi Ezzah kurang faham apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan 'hidup luar biasa'. 

So semalam sebelum tidur, Ezzah ada nampak friend FB share link youtube ulasan Dr. Azizan Osman mengenai buku baru beliau iaitu Hidup Luar Biasa.. So Ezzah pon bukaklah link tu.. 

Now Ezzah rasa Ezzah faham apa yang dikatakan hidup luar biasa... Kalau kita tengok, harini hidup kita ibarat satu modul yang dah di tetapkan harus begitu dan begini..

Habis sekolah, kita masuk universiti, keluar universiti kita mesti kerja makan gaji.. terkejar-kejar pergi kerja.. masuk pukul 8 balik kerja pukul 5.. untuk dapat satu gaji yang kadang kala kita rasa tak ada pilihan.. Zaman saya, degree holder standard gaji RM1800-2000..cukup ke tak cukup banyak tu lah biasanya gaji yang di tawarkan untuk fresh graduate macam kami waktu tu.. dengan loan sana sini kan.. kita keluar universiti loan dah berapa..kalau beli kete lagi lah bertambah..

Dan kita harini menerima ini semua sebagai satu lumrah kehidupan.. kita paksa diri kita comfort dengan keadaan ini.. itu hidup yang biasa..

Masa Ezzah habis belajar, mak Ezzah selalu pesan suruh mintak kerja.. bagi mak, makan gaji lebih secure.. business setakat nak suka-suka boleh.. bukan untuk dijadikan career.. kami adik-beradik dah dipasak habis belajar mesti kerja makan gaji..

 Mak memang tak setuju bila Ezzah nekad tak nak kerja dan nak serius buat business Shaklee.. Ezzah pekakkan telinga dan butakan mata.. Peringkat awal memang ramai yang mempersoalkan, penat-penat ambil degree nak jual Shaklee jer???

Hidup luar biasa bila kita mampu design hidup kita..

Harini Ezzah bangun pagi, Ezzah senyum.. Di saat orang lain sibuk berkejar nak bersiap pergi keje, Ezzah bersantai dengan segelas ESP sambil baca buku.. bila semua orang dah keluar pegi keje.. Ezzah bersiap then pergi jogging.. Balik jogging barulah masuk SOHO dan buat kerja.. Alhamdulillah..

Semoga Allah terus pinjamkan nikmat ini dan jadikan business yang Ezzah buat ini business yang tidak rugi di dunia dan di akhirat.. Amin ya rabbal alamin..


                                      Taman Tengku Anis.. best jogging kat sini..


Nota kaki:  Orang kota bharu kalau nak dapatkan supplement Shaklee boleh contact Ezzah ya.. Dijamin service tip top.. ! =)




~ Sihat itu Penting, Cantik itu Perlu~


YOUR LOVELY DISTRIBUTOR
 EZZAH FAWZI
SMS/WHATSAPP/CALL: 017-931 3451
SID: 893575

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...