Monday, 28 September 2015

RESIPI KIMCHI PALING MUDAH




Dolu-dolu tengok cite korea mesti teliur je tengok diorg makan kimchi ni.. apatah lagi bila orang kata kimchi ni sangat elok untuk usus.. perut kempis, badan pon langsing katanya..

First time makan, fuhh.. menggelegak perut hakak.!! hari- hari makan memang boleh dapat flat tummy kot..ngeee..

Wajib cuba bagi yang nak kurus tapi kedekut nak beli supplement Shaklee.. hahhaa.. Opsss.. ala gurau2 je la.. hehehe.. makan supplement pon perlu jgk jaga apa yang masuk ke perut kan..✌✌✌

Resipi kimchi ni saya tengok dekat youtube.. maangchi punya.. Tapi macam biasa la.. menderhaka sikit,.olah ikut apa yang ada kat rumah je.. hehehe



Resipi Kimchi
--------------



Bahan pes:

1 biji bawang holland*
5 biji bawang putih*
5 sudu besar serbuk chili baba's ( resipi asal guna korean chili powder)
3 senduk kecil sos ikan*
1 inci halia*

Cara buat pes merah:
~ blend semua bahan yang bertanda *
~ kemudian gaul bersama serbuk cili

Bahan porridge(putih):
2 sudu besar tepung pulut
sedikit gula
1 cawan air

Cara buat porridge:
~ bancuh tepung pulut bersama air.. masukkan gula.. masukkan ke dalam periuk dan panaskan hingga pekat dan keluar bubble.. tutup api, tapis dan sejukkan sedikit.

Bahan utama:
1 biji napa cabbage size besar (kubis panjang)
2 pokok daun bawang
garam secukupnya
sedikit air

Cara2:
~Potong 4 kubis.. basuh bersih2 dan lumurkan garam pada setiap helaian kubis.. Masukkan dalam bekas yang berisi sedikit air garam.
~ Perap selama 4 jam (atau lebih hingga kubis layu).. Balik2 kan kubis setiap satu jam.
~ Selepas 4 jam, basuh beberapa kali kubis td, then perah spy airnya keluar dan toskan..
~ Potong daun bawang lebih kurang 1 inci





Cara sediakan kimchi:
1) satukan kubis td bersama daun bawang yang telah dipotong di dalam mangkuk besar.
2) Sebatikan pes merah dan porridge.
3) masukkan ke dalam mangkuk berisi kubis dan daun bawang td.
4) Gaul rata. biarkan di suhu bilik.. selepas 24 jam boleh lah di makan dan di simpan dalam peti sejuk.




With love,
EZZAH FAWZI

Sunday, 20 September 2015

Homemade Rambutan In Syrup

Sape suka makan laici, longan or rambutan dalam tin..?
Haa.. lepas ni da bole buat sendiri da.. hehehe..
Kebetulan sekarang musim rambutan, so Ezzah buat sirap Rambutan.. hihi..
---------------------------------------
Homemade Rambutan In Syrup

Bahan2:
Rambutan
Gula putih secukupnya
Air
Sedikit garam kasar (1jug sy guna 3,4 buku garam kasar shj)


Cara:
1) Buang kulit dan biji rambutan.. kemudian bersih dan toskan isinya.
.
2) Masak gula bersama air hingga larut dan mendidih.. Tutup api dan masukkan garam.. kacau sekejap je..

3) Kemudian masukkan rambutan dan larutan gula dan garam yg masih panas tadi ke dalam botol.

4) Biarkan sedikit sejuk, tutup kemas dan biarkan selama lebih semalaman atau hingga buahnya turun ke bawah.

# Kuantiti gula agak banyak ntk menjeruk rambutan tu, lagi2 kalau buah tu sedikit masam. so agak2 la kuantitinya ye..
# biarkan di suhu bilik je.. lepas siap proses menjeruk,dah jadi syrup rambutan bru simpan peti ais.. hihi..
# Sebaiknya guna botol.. tp ezzah xde botol.. guna jug je tp wrap kemas2.
# Boleh guna buah laici or longan jugak..

SELAMAT MENCUBA 👌

With love,
Ezzah Fawzi

Friday, 18 September 2015

Ikan Tongkol Panggang dengan Pencicah

Haritu pegi makan chim chum (lebih kurang macam steamboat) dekat Rantau panjang, 
die punya pencicah memang awesome..! 

Banyak sangat sos pencicah die tapi Ezzah paling suka pencicah untuk seafood.. Suka sangat sampai daging dan ayam pon belasah je dgn pencicah tu.. hehehe..

So harini kita try buat sendiri plak pencicahnya.. Makan dengan ikan tongkol panggang.

Yeayyy...!
Rasa tu dah hampir sama tp kita punya lg sedap kot.. opsss.. hahaha.. ala gurau2 je la.. 


Ok meh share resipinya.. 




Ikan Tongkol Panggang
---------------------------------
Bahan-Bahan: 

Ikan Tongkol ( potong sedikit nipis)
Sos tiram
1 sudu kecil Minyak masak

Langkah:

1) Gaul ikan bersama sos tiram dan sedikit minyak..
2) Panaskan non-stick pan, letak ikan dan panggang hingga masak.. nak bakar dgn arang pon boleh..lg sedap..


Pencicah 
--------
 
Bahan-bahan:

6-7 biji cili padi
3 biji limau nipis
Daun ketumbar secukupnya (hiris halus)
Setengah sudu besar gula
5 sudu besar sos ikan
2 ulas bawang putih



Langkah: 

1) tumbuk bawang putih, cili hingga sedikit halus
2) Masukkan sos ikan, perah limau nipis
3) Perasakan dgn gula dan masukkan hirisan daun ketumbar.


Nota kaki:
# adjust la rasa ikut lidah anda, klau suka sedikit manis boleh tambah gula
# kalau suka boleh letak sikit perasa.. lg sedap..
#sangat sesuai dihidang dgn seafood.
# Pencicah sedikit cair ye.. bkn pekat cm sambal..

Monday, 25 May 2015

SABAR DALAM BERSABAR..!

Kita selalu lupa bahawa Allah tidak akan menimpakan sesuatu masalah yang melebihi kemampuan kita.

Kadang kadang DIA beri ujian yang kecil tapi kesabaran kita yang senipis kulit bawang. Maka kita rasakan ujian itu berat.

Alkisahnya semalam handphone tetiba tak boleh on.. Dari petang sampai la ke malam.. Memula ok je lagi.. Tapi bila dah banyak kali cuba.. Hati dah mula panas... Rasa nak baling je handphone tu.. Otak dah mula fikir macam-macam dah.. Dalam handphone tulah segala data customer di simpan.. Kalau rosak hmmm... Memang boleh meroyan ni.. hehehe.. Nipisnya sabar.. !

Bila dah letih duk tekan button on tapi tak jadi-jadi jugak ikut hati memang berteraburlah handphone tu semalam.. Nasib baik, di saat-saat genting masih ada sedikit pemikiran positif yang cuba mengingatkan tentang "SABAR DALAM BERSABAR"

Cepat-cepat Istigfar sebelum kemarahan menguasai diri.. hahaha.. Mulut pon barulah tak berhenti nak doa.. " Ya Allah, hidupkanlah phone ni.. Banyak data customer dalam ni Ya Allah."

Sambil doa tangan dok tekan button ON.. Still tak boleh dan itu adalah percubaan terakhir.. pastu biar je handphone tu charging.. Dari petang lagi dok charging.. Still tak jalan..

Dalam hati masih lagi yakin handphone tu akan ok sebab dalam handphone tu terlalu banyak benda yang penting terutamanya data customer dan prospek.. Dah la dekat nak closing ni.. Kalau handphone tu betul-betul rosak memang Ezzah tak mampu nak handle.. huhu..

Jam pon dah nak pukul 12, terus nak gi toilet cuci muka pastu nak tidur la kononnya.. Hope esok pagi bangun handphone tu akan OK..

Baru je nak buka pintu toilet, tetiba dengar bunyi macam handphone tu ON. Berlari pegi tengok handphone.. Yeayyy!!!.. Dah ON! Alhamdulillah.. rasa nak nangis semua ada..

Lesson learnt..!

Kalau benda remeh macam ni pon tak boleh sabar.. Macam mana Allah nak tambah lebih banyak nikmat..

Dan satu lagi kita ni selalu rasa usaha kita lagi power.. Dah hujung-hujung baru nak doa..

Huuuu.. terdidiknya sekeping hati hanya melalui ujian sebiji handphone..!
Thanks Allah.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...