selamat pagi.. entry hari ni nak cerita pasal semalam.. semalam ezzah join bengkel nutrisi yang Shaklee buat, bengkel-bengkel macam ni memang selalu je ada cuma terpulang pada SID nak join ke tak. Jadi semalam ezzah dengan cucu shaklee join la sebab kami memang nak tambah ilmu tentang nutrisi kanak-kanak.. Bengkel tu diadakan di Habib Hotel, Kota Bharu.
So, memang sangat seronok dapat join bengkel semalam.. nak tahu apa yang ezzah rasa lepas balik dari bengkel tu?? haa.. teka.. teka.. rasa nak kahwin kah?? hahaha.. ye jugak kot.. sebab tak sabar ni nak bagi yang terbaik untuk anak-anak..lalalala. (abaikan kenyataan gatal itu ok!)..
balik dari bengkel tu, ezzah rasa nak paksa semua parents tolong la bagi semua nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak.. langkah yang sihat harus bermula dari kecil.. biasakan anak-anak dengan pemakanan yang sihat. ramai orang pandang remeh tentang perkara ni dengan alasan tak de kaitan antara pemakanan dan masa depan anak-anak.. WRONG!!
sememangnya pemakanan mempengaruhi masa depan anak-anak kita. bila kita beri mereka nutrisi yang cukup, mereka membesar dengan baik dan sihat dan In Shaa Allah masa depan yang lebih baik. anak yang sihat lebih fokus terhadap pelajaran. Bila anak sakit, mereka akan hilang fokus, rasa malas, lemau dan tak selesa. Jadi parent harus peka dalam pemakanan anak-anak.
Tip untuk ibu bapa dalam penjagaan kesihatan anak-anak.
- pastikan makanan yang diambil oleh anak bersih dan berkhasiat, sebaiknya ibu masak sendiri untuk anak.
- biasakan anak-anak dengan Supplement mengikut peringkat umur
- pastikan sekurang-kurangnya sekali seminggu adakan aktiviti makan bersama anak-anak tapi paling elok hari-hari ibu bapa makan bersama anak-anak, selain untuk mengeratkan hubungan, aktiviti begini dapat membantu ibu bapa kenalpasti masalah anak-anak seperti stress, selera makan anak-anak dll.
- jangan terlalu biarkan anak-anak leka dengan ipad, komputer(games) sehingga anak-anak menjadi tidak aktif dan malas untuk bersukan dan beriadah kerana ia boleh menyebabkan sistem imun menjadi lemah.
- elakkan memberi makanan segera pada anak-anak.
Ibu-ibu yang risau tentang kekurangan nutrisi anak-anak, boleh contact ezzah.. ezzah boleh tolong sarankan apa yang diperlukan oleh anak-ank mengikut keperluan umur mereka..:)
YOUR LOVELY DISTRIBUTOR
EZZAH FAWZI
SMS/WHATSAPP/WeChat: 017-931 3451
SID: 893575
EMAIL: vitamindelight@gmail.com
Bkn knk2 krg sihat je yg hilang fokus n jd lemah..org dewasa pon sama..mereka pon akan hilang fokus n lemah..pemknn merupakan slh 1 faktor yg bantu sihatkan tubuh bdn..weeeee
ReplyDelete