Thursday, 7 February 2013

kesan UVA dan UVB terhadap kulit


Sinaran UVA dan UVB ialah dua jenis sinaran ultra ungu yang memberi kesan negatif terhadap kulit.

Sinaran UVB biasanya hanya menebusi lapisan epidermis sahaja. Sinaran UVB yang keterlaluan boleh menyebabkan kesan terbakar yang teruk serta kesan kulit mengelupas. Pendedahan yang keterlaluan untuk jangka masa yang lama juga boleh menyebabkan barah kulit. Selain itu UVB juga menggalakkan penghasilan melanin yang menyebabkan masalah pigmentasi pada kulit.

Sinaran UVA pula boleh menembusi ke lapisan epidermis yang mana terdapatnya tisu dan salur darah yang menyebabkan kulit menjadi kendur dan berkedut sebelum waktunya.

UVA terdapat sepanjang tahun walaupun apabila cuaca mendung dan ia boleh menembusi cermin tingkap...penggunaan sunblock adalah amat disarankan kerana ia membantu melindungi kulit dr selaran sinar ini..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...